Isnin, 4 Julai 2022

SEBELUM DAN SELEPAS EKSA

 Setelah aktiviti gotong royong Bahagian Perubatan selesai pada 4 Julai 2022, gambar-gambar yang dipaparkan dibawah adalah sudut-sudut sebelum dan selepas EKSA bagi Zon Perubatan JKNJ.



















AKTIVITI GOTONG ROYONG EKSA ZON PERUBATAN

 Pada 23hb & 30hb Julai 2022, Bahagian Perubatan , Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah menjalankan aktiviti gotong royong EKSA Bahagian dengan memastikan Sudut Info setiap Unit selaras dan seragam serta aktiviti pembersihan, penyusunan semula dan juga megemaskini Sudut EKSA Zon Perubatan.


Semua pegawai dan kakitangan membantu menyiapkan sudut-sudut tersebut dan melakukan aktiviti pembersihan dan menambah kecerian Zon Perubatan.























APAKAH 5'S DAN TAMBAHAN 5 ELEMEN UNTUK EKSA ZON PERUBATAN



 

DASAR DAN OBJEKTIF AMALAN EKSA ZON PERUBATAN



 

SUDUT EKSA ZON PERUBATAN (FIZIKAL DAN MAYA)



KEPERLUAN SUDUT EKSA 

Kaedah penyaluran penyampaian. Ia diseragamkan secara maya (website) di Zon Perubatan. Bagi Sudut Info Zon Perubatan perlu kedua-duanya (fizikal dan maya). Sudut EKSA  mengandungi perkara-perkara berikut: 

a. Dasar dan Objektif Amalan EKSA KKM; 
b. Carta Organisasi Amalan EKSA (Induk dan zon); 
c. Carta Perbatuan/Gantt Chart Zon; 
d. Pelan Lantai Zon EKSA; 
e. Rekod aktiviti sebelum dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti EKSA; 
f. Informasi/ hebahan berkaitan Amalan EKSA untuk tujuan promosi; 
g. Logo dan Slogan Amalan EKSA KKM; dan 
h. Tarikh kemaskini sudut EKSA. 

Sekian, terima kasih.

 

Ahad, 3 Julai 2022

Jom Gotong Royong EKSA setiap KHAMIS selepas KOSPEN di Zon masing-masing


 Semua warga Bahagian Perubatan untuk sama-sama menjayakan Program EKSA  Zon Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor pada setiap hari Khamis selepas aktiviti KOSPEN.  Jommmmmm !

Sabtu, 2 Julai 2022

PRINSIP EKSA


 SISIH 


i) Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barangbarang yang tidak diperlukan di tempat kerja. 
ii) Aktiviti sisih melibatkan : 
• Item yang tiada nilai senang dibuang perlu dibuang segera 
• Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan masa akan datang maka dihapuskan / dijual mengikut prosedur 
• Item yang tiada nilai tetapi melibatkan kos pelupusan tinggi, maka kaedah / kos yang paling rendah perlu ditentukan 


SUSUN 

i) Merujuk kepada prinsip ‘Setiap barang ada tempatnya ada setiap tempat ‘ada barangnya’. Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat. 
ii) Aktiviti ini melibatkan : 
• Item disusun dalam aturan First-Expiry-First-Out (Luput Dulu Keluar Dulu) bagi item yang mempunyai tarikh luput ATAU itemitem yang mempunyai tarikh luput yang sama, maka aturan FirstIn-First-Out (Masuk Dulu - Keluar Dulu) akan digunakan 
• Item dilabelkan dengan nama dan nombor indeks 
• Item disimpan mengikut kategori 
• Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat 
• Semasa bekerja, kedudukan fail aktif dan bahan rujukan semasa adalah di atas meja. Selepas digunakan, ia perlu disimpan kembali ke tempat asal. 


SAPU 

i) Tindakan diambil bagi memastikan ruang kerja dan peralatan dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja. 
ii) Aktiviti ini melibatkan : 
• Menetapkan pemilik (ownership) bagi ruang / perkakas dan mesin 
• Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan 
• Merekodkan dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan 


SERAGAM 

i) Piawaian persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat kerja bersih dan teratur sepanjang masa 
ii) Tindakan yang diambil adalah untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format 


SENTIASA AMAL 

i) Tindakan yang diambil adalah mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempertingkatkan EKSA 
ii) Aktiviti ini melibatkan: 
• Audit dalaman dilakukan secara berkala 
• Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan 
• Mewujudkan sistem pengiktirafan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga kerja 
• Mengadakan program kesedaran EKSA secara berterusan melalui latihan. 

LOGO EKSA


 

PENGENALAN EKSA

 EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan pada Jabatan / Agensi sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.


Penerbitan Garis Panduan ini diharap dapat memantapkan lagi pengurusan persekitaran pejabat sehingga semua warga sektor awam dapat bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif.

SEBELUM DAN SELEPAS EKSA 2025

Setelah aktiviti gotong royong Bahagian Perubatan selesai pada 19 Mei 2025, gambar-gambar yang dipaparkan dibawah adalah sudut-sudut sebelum...

Popular Posts