Pada 18 Disember 2025, EKSA Zon Perubatan telah menganjurkan Green Day & Pre Love Bahagian Perubatan di Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan Johor Bahru. Pengunjung daripada jabatan-jabatan kerajaan yang lain turut sama memeriahkan program ini.
Pada 18 Disember 2025, EKSA Zon Perubatan telah menganjurkan Green Day & Pre Love Bahagian Perubatan di Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan Johor Bahru. Pengunjung daripada jabatan-jabatan kerajaan yang lain turut sama memeriahkan program ini.
Pada 19,26 & 30hb Mei 2025, Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah menjalankan aktiviti gotong royong EKSA Bahagian. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti pembersihan, penyusunan semula dan juga mengemaskini Sudut Informasi Zon Perubatan.
Setelah aktiviti gotong royong Bahagian Perubatan selesai pada 19 & 26 Mei 2025, gambar-gambar yang dipaparkan dibawah adalah sudut-sudut sebelum dan selepas EKSA bagi Zon Perubatan JKNJ.
Pada 26 Mei 2025, telah dijalankan program Go Green peringkat Zon Perubatan JKN Johor. Pelbagai barangan kitar semula, dan barangan e-waste telah dikumpulkan oleh anggota Zon Perubatan.
Pada 11 April 2025 telah dijalankan satu taklimat berkenaan pelaksanaan Audit Dalaman Zon Perubatan. Taklimat ini telah dijalankan secara hybrid dan telah dihadiri oleh semua staf Bahagian Perubatan JKN Johor. Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Nadya Izzati selaku Ketua Juruaudit Zon Perubatan.
Pada 14 Januari 2025, Majlis Amanat Pengarah Kesihatan Negeri Johor Tahun 2025 Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah diadakan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Ketika majlis berlangsung turut diadakan majlis penyampaian sijil kepada para pemenang bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Fasiliti Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor Tahun 2024.
Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Zon Terbaik EKSA. Dr. Khairul Rizal bin Othman selaku Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) telah menerima sijil penghargaan dan cek bernilai RM 400.00. Syabas diucapkan kepada anggota di Bahagian Perubatan.💞🙌
Salam sejahtera semua warga Bahagian Perubatan☺️, Marilah kita bersama-sama mengamalkan budaya EKSA di tempat kerja dengan mengamalkan pri...