Rabu, 18 Disember 2024

EDARAN E-BOOK GARIS PANDUAN EKSA EDISI KKM 2024

 




Sukacita dimaklumkan Garis Panduan EKSA KKM Edisi 2024 telah dilancarkan oleh YB Menteri Kesihatan semasa Majlis Perhimpunan Bulanan KKM pada 20 November 2024. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada langsung atau tidak langsung sepanjang pembangunan Garis Panduan EKSA KKM Edisi 2024.  

Diharapkan panduan ini dapat menjadi rujukan kepada warga KKM bagi melaksanakan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun serta menggalakkan warga KKM agar lebih kreatif dan inovatif dalam melahirkan proses kerja yang cekap dan berkualiti.

Bersama-sama ini dikemukakan pautan e-book berikut untuk rujukan.https://anyflip.com/winhh/xhdu

Rabu, 4 Disember 2024

GREEN DAY BAHAGIAN PERUBATAN TAHUN 2024

Pada 28 November 2024, EKSA Zon Perubatan telah menganjurkan Green Day Bahagian Perubatan di Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan Johor Bahru. Pengunjung daripada jabatan-jabatan kerajaan yang lain turut sama memeriahkan program ini. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah seperti berikut:


a) Pengumpulan Barangan Kitar Semula






b) Jualan Barangan Pre Loved dan Gerobok Infak






c)Pertandingan Kuiz Green Day







Rabu, 20 November 2024

HEBAHAN PENGANJURAN GREEN DAY BAHAGIAN PERUBATAN JKNJ TAHUN 2024

 Adalah dimaklumkan bahawa Zon Perubatan EKSA akan menganjurkan Green Day Bahagian Perubatan JKNJ 2024. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi pelaksanaan EKSA di Zon Perubatan. Sekiranya tuan/puan berminat untuk turut serta, mohon kerjasama tuan/puan untuk mengisi pautan https://forms.gle/t3cCzR9EJm4Vpjfs7 atau scan QR code.Tarikh tutup pengisian ialah pada 25/11/2024 (Isnin) pada pukul 1.00 ptg. Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan💓

Selasa, 23 Julai 2024

PENANGGUHAN PELAKSANAAN AKTIVITI EKSA GREEN DAY BAHAGIAN PERUBATAN, JKNJ


Untuk makluman, aktiviti ini terpaksa ditangguhkan kerana luang legar tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan Johor Bharu digunakan oleh kontraktor untuk kerja-kerja pemasangan cermin tingkap yang baharu. Satu tarikh baru akan dimaklumkan kemudian. 

Isnin, 22 Julai 2024

GREEN DAY BAHAGIAN PERUBATAN JKNJ


 Bahagian Perubatan, JKNJ akan mengadakan hari Go Green dan Aktiviti Kitar Semula sebagaimana  ketetapan yang berikut:

 

Tarikh:  25 Julai 2024 (Khamis)

          Masa:   9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari

          Tempat:  Bahagian Perubatan JKNJ dan Ruang Legar Tingkat 3, Blok B


Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pengumpulan barangan kitar semula dan jualan barangan preloved. Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana pada hari tersebut

Khamis, 27 Jun 2024

MESYUARAT EKSA ZON PERUBATAN BIL.1/2024



 Bahagian Perubatan, JKNJ telah mengadakan Mesyuarat EKSA Zon Perubatan Bil1/2024 pada 24 Jun 2024 di Bilik Sinar Mercu, Bahagian Perubatan, JKNJ. Agenda mesyuarat adalah untuk membentangkan dan membincangkan bersama-sama Pengerusi mesyuarat, Dr. Khairul Rizal bin Othman berkenaan dengan Laporan Analisis Pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kendiri Bahagian Perubatan JKNJ 




Jumaat, 15 Mac 2024

LAPORAN ANALISIS PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM EKSA (POST) ZON PERUBATAN : 5 MAC 2024

 

LAPORAN ANALISIS PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KENDIRI






Assalamualaikum, mohon klik link di atas untuk muat turun 

Laporan Analisis Pengaditan EKSA (Post) Zon Perubatan yang telah dijalankan pada 5hb Mac 2024 yang lalu, mohon semua anggota di Zon Perubatan agar membuat penambahbaikan terhadap teguran dan cadangan yang telah diberikan.

Terima Kasih


Ahad, 14 Januari 2024

Perhatian!!! Pemakluman Audit Eksa Dalaman Tahun 2024


 Assalamualaikum tuan puan,

Dimaklumkan tarikh Audit Dalaman Eksa bagi tahun 2024 adalah seperti ketetapan berikut:-

Pre-Audit EKSA    : 17 - 25hb Januari 2024

Post-Audit EKSA  : 21 - 29hb Februari 2024

Semoga semua berada dalam keadaan siap siaga

AUDIT DALAMAN ZON PERUBATAN TAHUN 2025

 

Popular Posts