Rabu, 18 Disember 2024

EDARAN E-BOOK GARIS PANDUAN EKSA EDISI KKM 2024

 




Sukacita dimaklumkan Garis Panduan EKSA KKM Edisi 2024 telah dilancarkan oleh YB Menteri Kesihatan semasa Majlis Perhimpunan Bulanan KKM pada 20 November 2024. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada langsung atau tidak langsung sepanjang pembangunan Garis Panduan EKSA KKM Edisi 2024.  

Diharapkan panduan ini dapat menjadi rujukan kepada warga KKM bagi melaksanakan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun serta menggalakkan warga KKM agar lebih kreatif dan inovatif dalam melahirkan proses kerja yang cekap dan berkualiti.

Bersama-sama ini dikemukakan pautan e-book berikut untuk rujukan.https://anyflip.com/winhh/xhdu

Rabu, 4 Disember 2024

GREEN DAY BAHAGIAN PERUBATAN TAHUN 2024

Pada 28 November 2024, EKSA Zon Perubatan telah menganjurkan Green Day Bahagian Perubatan di Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan Johor Bahru. Pengunjung daripada jabatan-jabatan kerajaan yang lain turut sama memeriahkan program ini. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah seperti berikut:


a) Pengumpulan Barangan Kitar Semula






b) Jualan Barangan Pre Loved dan Gerobok Infak






c)Pertandingan Kuiz Green Day







SEBELUM DAN SELEPAS EKSA 2025

Setelah aktiviti gotong royong Bahagian Perubatan selesai pada 19 Mei 2025, gambar-gambar yang dipaparkan dibawah adalah sudut-sudut sebelum...

Popular Posts