Jumaat, 30 Mei 2025

PROGRAM GOTONG ROYONG ZON PERUBATAN TAHUN 2025

Pada 19,26 & 30hb Mei 2025, Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah menjalankan aktiviti gotong royong EKSA Bahagian. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti pembersihan, penyusunan semula dan juga mengemaskini Sudut Informasi Zon Perubatan.


Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Dr. Khairul Rizal, serta semua pegawai dan kakitangan telah membantu menyiapkan sudut-sudut tersebut dan melakukan aktiviti pembersihan dan menambah keceriaan Zon Perubatan.


 















Isnin, 26 Mei 2025

SEBELUM DAN SELEPAS EKSA 2025

Setelah aktiviti gotong royong Bahagian Perubatan selesai pada 19 & 26 Mei 2025, gambar-gambar yang dipaparkan dibawah adalah sudut-sudut sebelum dan selepas EKSA bagi Zon Perubatan JKNJ.








ANUGERAH EKSA ZON PERUBATAN TAHUN 2025


Tahniah & Syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah EKSA Zon Perubatan bagi Tahun 2025.









Ahad, 25 Mei 2025

PROGRAM GO GREEN ZON PERUBATAN

 

Pada 26 Mei 2025, telah dijalankan program Go Green peringkat Zon Perubatan JKN Johor. Pelbagai barangan kitar semula, dan barangan e-waste telah dikumpulkan oleh anggota Zon Perubatan.













Isnin, 5 Mei 2025

CARTA ORGANISASI EKSA ZON PERUBATAN






 Jawatankuasa Eksa Zon Perubatan berperanan :

  • Membentuk hala tuju dan pelan perancangan di peringkat zon
  • Membentuk jawatankuasa peringkat zon
  • Mengenalpasti zon-zon  pelaksanaan aktiviti-aktiviti EKSA peringkat zon
  • Memantau pelaksanaan EKSA peringkat zon
  • Memastikan keseragaman pelaksanaan EKSA sepertimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pelaksanaan EKSA KKM yang terkini
  • Memastikan semua staf dalam zon terlibat sebagai ahli zon
  • Menyediakan Sudut EKSA Zon di lokasi yang strategik
  • Menyedia dan sentiasa mengemaskini Fail EKSA peringkat zon.









Ahad, 13 April 2025

TAKLIMAT AUDIT DALAMAN EKSA ZON PERUBATAN

 Pada 11 April 2025 telah dijalankan satu taklimat berkenaan pelaksanaan Audit Dalaman Zon Perubatan. Taklimat ini telah dijalankan secara hybrid dan telah dihadiri oleh semua staf Bahagian Perubatan JKN Johor. Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Nadya Izzati selaku Ketua Juruaudit Zon Perubatan.










Selasa, 28 Januari 2025

PEMENANG PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN FASILITI KESIHATAN JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR TAHUN 2024

 


Pada 14 Januari 2025, Majlis Amanat Pengarah Kesihatan Negeri Johor Tahun 2025 Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah diadakan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Ketika majlis berlangsung turut diadakan majlis penyampaian sijil kepada para pemenang bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Fasiliti Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor Tahun 2024. 

Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Zon Terbaik EKSA. Dr. Khairul Rizal bin Othman selaku Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) telah menerima sijil penghargaan dan cek bernilai RM 400.00. Syabas diucapkan kepada anggota di Bahagian Perubatan.💞🙌




PROGRAM GOTONG ROYONG ZON PERUBATAN TAHUN 2025

Pada 19,26 & 30hb Mei 2025, Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah menjalankan aktiviti gotong royong EKSA Bahagian. A...

Popular Posts