Isnin, 27 November 2023

Audit Dalaman Eksa Zon Perubatan (Post) Bagi Tahun 2023

 




Bahagian Perubatan JKNJ, 27hb November 2023 -  Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor Darul Ta'zim dalam usaha memantapkan pembudayaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah pun mengadakan Audit Dalaman (Post) bagi memastikan setiap staff mengambil maklum dengan pembudayaan amalan EKSA di Zon Perubatan secara amnya dan unit dan ruang masing-masing secara khusus.


Pengauditan ini dilakukan dengan teliti supaya kelemahan dan kekurangan dapat diperbaiki untuk terus mengekalkan suasana kerja yang lebih kondusif dan sekaligus memberikan persekitaran kerja yang lebih teratur, kemas dan selamat. 

EKSA yang diperkenalkan sebagai penjenamaan semula daripada Amalan 5S Sektor Awam. Dengan penambahbaikan elemen seperti kreativiti, inovasi dan persekitaran kondusif ini dapat meningkatkan mutu dan kualiti kerja sektor awam dalam mendepani cabaran pada masa hadapan. Antara objektif utama EKSA adalah untuk meningkatkan imej korporat dan mewujudkan budaya amalan hijau di tempat kerja.




Bagi menjayakan dan melaksanakan amalan EKSA, Zon Perubatan turut melantik Pegawai Yang Bertanggungjawab    ( PYB) EKSA bagi melancarkan pengamalan dan pembudayaan EKSA di Zon Perubatan. Setiap sudut diwujudkan Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) bagi memastikan setiap sudut sentiasa berada dalam keadaan kemas dan mematuhi krtiteria EKSA yang ditetapkan. 

Secara dasarnya amalan EKSA merupakan perangsang transformasi dan inovasi dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih cemerlang bagi memenuhi keperluan pelanggan. 

Audit dalaman ini juga adalah untuk persedian awal bagi pegawai dan staf menghadapi penilaian EKSA sebenar yang akan dilaksanakan para oleh juri yang telah dilantik. Setiap ruang akan dinilai mengikut kreatiria yang ditetapkan.

Setiap staff perlu memahami bahawa audit dalaman EKSA yang diwujudkan ini adalah demi memastikan setiap staff memahami dan seterusnya mengamalkan pembudayaan EKSA untuk bersama-sama menuju ke arah budaya kerja yang lebih harmoni, korporat dan tersusun. 





Ahad, 26 November 2023

Gotong Royong EKSA Zon Perubatan

 GOTONG ROYONG EKSA

TARIKH : 26hb November 2023

MASA : 9.00 Pagi - 5 Petang







Pada 26hb November 2023, telah diadakan satu gotong-royong oleh staf Bahagian Perubatan sebagai persediaan Audit Dalaman Eksa (post) yang akan diadakan . Gotong-royong ini telah diketuai oleh Dr Elmisya selaku Penyelaras Eksa Zon Perubatan bagi mengemas, menyapu, menyusun, menyisih dan menyeragamkan Zon Eksa Bahagaian Perubatan.


Rabu, 22 November 2023

Lawatan Kerja EKSA Ke Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor


 

Lawatan Kerja  Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor ke Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor telah diadakan pada 21 November 2023. Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara langsung pelaksanaan EKSA di Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor sebagai penanda aras bagi memperolehi pensijilan EKSA di Bahagian Perubatan JKNJ.

 


Lawatan ini disambut baik oleh Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor . Satu taklimat berkaitan pelaksanaan EKSA telah disampaikan oleh Penyelaras EKSA dan pihak Urus Setia dan disusuli dengan lawatan ke ruang pejabat untuk melihat pelaksanaan EKSA.

 

Akhir sekali, pihak Urus Setia Induk EKSA Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor merakamkan jutaan terima kasih kepada pegawai yang hadir dan berharap atas perkongsian yang telah disampaikan dapat mencapai matlamat dan perancangan pihak Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk memperolehi pensijilan EKSA kelak.

Isnin, 20 November 2023

Mesyuarat Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Perubatan Bil. 3/2023

 


Pada 20 November 2023, telah diadakan satu Mesyuarat Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Perubatan Bil. 3/2023 untuk Pembentangan Laporan Audit EKSA Dalaman (Pre) yang telah diadakan pada 18hb Oktober 2023. 




Selasa, 24 Oktober 2023

Audit Dalaman Eksa Zon Perubatan (Pre) Tahun 2023

Audit Dalaman EKSA  Zon Perubatan (Pre) telah dijalankan oleh JK Audit diketuai oleh Dr Nadya Izzati Binti Soaib pada 18/10/2023. Teguran telah diberikan oleh Auditor kepada PIC dan penambahbaikan diminta untuk dilakukan sebelum Audit Dalaman EKSA Zon Perubatan (Post) yang dijangkan akan dilakukan pada 19hb - 23 November 2023.

Selasa, 17 Oktober 2023

Kempen Amalan Hijau (Go Green)

Apakah maksud Go Green atau Amalan Hijau.




"Go Green" atau dengan kata lain adalah Amalan Hijau adalah satu bentuk kempen kesedaran kepada setiap orang yang bertujuan untuk memelihara dan melindungi bumi daripada bahaya "Global Warning" atau Pemanasan Rumah Hijau yang semakin hari semakin membimbangkan kesan daripada perbuatan dan tindakan manusia yang tidak terkawal.


 Berikut adalah Kempen Amalan Hijau yang dijalankan di Zon EKSA Perubatan:-



Tong Kitar Semula



Penjimatan Air


Penjimatan Elektrik


Penjimatan Kertas


Fikir Dulu Sebelum Print




Mempelbagaikan Penggunaan Barang Terpakai

 Penggunaan semula bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan dapat membantu mengurangkan sisa pepejal dan memelihara sumber asli semulajadi. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. 



Kreativiti menggunakan bahan terpakai untuk membuat Tong Kitar Semula 


Kotak terpakai digunakan sebagai bahan untuk membuat "stand" Labelling


Ahad, 15 Oktober 2023

Hebahan EKSA 2023: Penukaran Wallpaper Desktop EKSA

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera





1. Untuk makluman semua anggota Bahagian Perubatan, wallpaper EKSA yang terkini telah ditambah baik dengan adanya QR Code laman sesawang EKSA. QR Code ini akan memudahkan semua anggota untuk scan dan layari laman sesawang ini di telefon bimbit. Tuan puan boleh rujuk di Kaedah Tukar Wallpaper EKSA

2. Oleh itu, mohon kerjasama semua untuk menukar wallpaper EKSA yang dahulu kepada wallpaper terkini. Sila rujuk poster untuk cara-cara menukar wallpaper.

3. Sekiranya YBrs. Dr/tuan/puan ingin layari laman web ini di PC, berikut merupakan pautan laman sesawang ini https://eksazonperujknj.blogspot.com/

Terima kasih atas kerjasama semua


Contoh Desktop yang telah menggunakan Wallpaper EKSA terkini


Isnin, 17 Julai 2023

LOGO EKSA JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR

 


BULATAN
Bentuk bulat menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan warga KKM dengan menitikberatkan semangat kerjasama dan berpasukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan pangkat dalam memastikan Amalan EKSA sebagai budaya kerja. 
 
AKRONIM EKSA
Simbolik kepada makna Ekosistem Kondusif Sektor Awam secara amnya.
 
LOGO KKM
Merupakan imej korporat KKM dan secara tidak langsung merupakan penegasan bahawa logo ini adalah hak cipta KKM.
 
SISIH SUSUN SAPU SERAGAM SENTIASA AMAL
Indikator kepada amalan 5S secara amnya

 

          

                                                                         BIRU
Melambangkan warna berprestij yang sentiasa bertenaga, yakin, segar, bersemangat dan berkarisma. Ia juga simbolik kepada komitmen dan kepercayaan warga KKM dalam memastikan kejayaan Amalan EKSA. Alunan dua tona biru melambangkan kejayaan dan kekuatan semangat jitu warga KKM bagi merealisasikan pencapaian EKSA.

                                                                        HITAM

Tulisan slogan berwarna putih di kelilingi warna hitam (black stroke) merupakan simbolik penegasan kepada sikap professional warga KKM.


                                                                        PUTIH
Dua garisan bulatan putih yang mengelilingi logo memberi erti keteguhan, ketelusan dan kewibawaan dalam memberi perkhidmatan yang  terbaik. Manakala tulisan berwarna putih adalah lambang kesempurnaan, kebersihan dan keselesaan yang diamalkan oleh warga KKM.

                                                                        MERAH
Melambangkan komitmen anggota KKM dalam melaksana dan menjayakan amalan EKSA.


SEBELUM DAN SELEPAS EKSA 2025

Setelah aktiviti gotong royong Bahagian Perubatan selesai pada 19 Mei 2025, gambar-gambar yang dipaparkan dibawah adalah sudut-sudut sebelum...

Popular Posts