Rabu, 22 November 2023

Lawatan Kerja EKSA Ke Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor


 

Lawatan Kerja  Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor ke Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor telah diadakan pada 21 November 2023. Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara langsung pelaksanaan EKSA di Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor sebagai penanda aras bagi memperolehi pensijilan EKSA di Bahagian Perubatan JKNJ.

 


Lawatan ini disambut baik oleh Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor . Satu taklimat berkaitan pelaksanaan EKSA telah disampaikan oleh Penyelaras EKSA dan pihak Urus Setia dan disusuli dengan lawatan ke ruang pejabat untuk melihat pelaksanaan EKSA.

 

Akhir sekali, pihak Urus Setia Induk EKSA Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor merakamkan jutaan terima kasih kepada pegawai yang hadir dan berharap atas perkongsian yang telah disampaikan dapat mencapai matlamat dan perancangan pihak Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk memperolehi pensijilan EKSA kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM GOTONG ROYONG ZON PERUBATAN TAHUN 2025

Pada 19,26 & 30hb Mei 2025, Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah menjalankan aktiviti gotong royong EKSA Bahagian. A...

Popular Posts