Pengauditan ini dilakukan dengan teliti supaya kelemahan dan kekurangan dapat diperbaiki untuk terus mengekalkan suasana kerja yang lebih kondusif dan sekaligus memberikan persekitaran kerja yang lebih teratur, kemas dan selamat.
EKSA yang diperkenalkan sebagai penjenamaan semula daripada Amalan 5S Sektor Awam. Dengan penambahbaikan elemen seperti kreativiti, inovasi dan persekitaran kondusif ini dapat meningkatkan mutu dan kualiti kerja sektor awam dalam mendepani cabaran pada masa hadapan. Antara objektif utama EKSA adalah untuk meningkatkan imej korporat dan mewujudkan budaya amalan hijau di tempat kerja.
Bagi menjayakan dan melaksanakan amalan EKSA, Zon Perubatan turut melantik Pegawai Yang Bertanggungjawab ( PYB) EKSA bagi melancarkan pengamalan dan pembudayaan EKSA di Zon Perubatan. Setiap sudut diwujudkan Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) bagi memastikan setiap sudut sentiasa berada dalam keadaan kemas dan mematuhi krtiteria EKSA yang ditetapkan.
Secara dasarnya amalan EKSA merupakan perangsang transformasi dan inovasi dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih cemerlang bagi memenuhi keperluan pelanggan.
Audit dalaman ini juga adalah untuk persedian awal bagi pegawai dan staf menghadapi penilaian EKSA sebenar yang akan dilaksanakan para oleh juri yang telah dilantik. Setiap ruang akan dinilai mengikut kreatiria yang ditetapkan.
Setiap staff perlu memahami bahawa audit dalaman EKSA yang diwujudkan ini adalah demi memastikan setiap staff memahami dan seterusnya mengamalkan pembudayaan EKSA untuk bersama-sama menuju ke arah budaya kerja yang lebih harmoni, korporat dan tersusun.